Thursday 19 April 2012

Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan


Pada zaman atom ini, umat manusia di segenap empat penjuru disajikan dengan berbagai-bagai barangan yang baru serta berteknologi tinggi atau 'high-tech', contohnya seperti 'gadget'. Perkara ini boleh memudaratkan kewangan dalam sesebuah keluarga. Sebagai manusia yang berguna dan mempunyai hala tuju hidup, kita seharusnya pandai mengawal diri dari membeli belah secara tidak terkawal atau melebihi bajet. Membeli belah ditakrifkan sebagai membeli berbagai-bagai jenis barang samada murah ataupun tidak. Oleh itu, sebagai manusia yang mempunyai hala tuju, kita seharusnya berhenti membeli-belah dan mulakan kehidupan.

  Frasa berhenti membeli-belah dan mulakan kehidupan dalam perenggan di atas bukanlah bermaksud memulakan kehidupan dengan segala yang baru, tetapi memulakan kehidupan sebagai seorang yang mempunyai hala tuju hidup dan mempunyai masa depan yang cerah dengan sistem kewangan yang stabil. Menabung merupakan salah satu prakarsa dalam menstabilkan sistem  kewangan. Dengan menabung, masa depan akan lebih terjamin serta kita tidak perlu lagi bimbang tentang sistem kewangan kita. Jelaslah, kita perlu berhenti membeli belah dan mula menabung untuk masa depan yang lebih terjamin.
Tabungan untuk masa depan
  Seterusnya, prakarsa yang diperlukan dalam langkah memulakan kehidupan ini, kita perlulah berjimat-cermat. Sebagai analoginya, membeli barang-barang yang betul-betul sahaja dan bukannya kehendak seperti telefon bimbit yang canggih, beg tangan yang mahal dan sebagainya lagi. Hal ini akan menyebabkan kepincangan ekonomi keluarga. Kepincangan ekonomi dalam keluarga boleh menjadi faktor pelbagai masalah. Contohnya, mencuri, pinjaman Ah Long dan sebagainya lagi. Oleh itu, kita seharusnya meninggalkan budaya membeli-belah bagi mengelakkan berlakunya masalah kewangan

Menanam sendiri sayuran dapat menjimatkan wang

 Selain itu juga, kita boleh mengelakkan dari membeli barangan di kedai, seperti sayuran, dengan menanam sayuran tersebut. Faedah yang dapat kita perolehi melalui penanaman ini ialah penanaman dapat menjimatkan kita. Di kedai, harga sayur-sayuran agak mahal. Dengan mengambil langkah sederap ini, kita hanya perlu meggunakan nilai wang yang sedikit berbanding dengan nilai wang yang kita guna ketika di pasaraya kerana kita hanya perlu membeli biji benih sayuran yang harganya amat berpatutan dengan kuantitinya berbanding harga sayuran di kedai-kedai dan pasaraya. Bukan itu sahaja, sayuran yang ditanam sendiri juga lebih segar dan tidak disembur racun serangga perosak berbanding sayuran yang dijual di kedai dan pasaraya. Penjimatan hebat juga berlaku secara tidak langsung kerana kita tidak perlu ke kedai setiap hari.

 Bagi mengelakkan dari membeli barang yang tidak diperlukan dan secara berlebihan, maka kita perlulah menyenaraikan barang yang perlu dibeli sebelum ke pasar raya mahupun ke pusat membeli belah. Melalui cara ini, pembaziran dapat di elakkan. Sebagai pengguna yang bijak juga, kita perlu memeriksa label barangan terlebih dahulu bagi mengelakkan membeli barangan yang sudah tamat tempoh atau harga yang berpatutan. Elakkan juga dari mengambil tin makanan yang telah kemik.
 Menyenaraikan dahulu sebelum membeli

  Konklusinya, antara faedah-faedah yang dapat kita perolehi apabila kita berhenti membeli belah dan mulakan hidupan :
1. Sistem kewangan lebih stabil dan terjamin
2. Mengelakkan berlakunya perkara yang tidak baik seperti mencuri , menyamun dan sebagainya.

Langkah-langkah berhenti membeli-belah:
1. Menabung
2. Membeli barang yang diperlukan sahaja dan bukannnya kehendak
3. Menyenaraikan barang keperluan apabila mahu membeli barang
4. Menanam sayuran
5. Memeriksa label makanan

Comments
5 Comments

5 comments: