Sunday 22 April 2012

Berhenti membeli-belah, mulakan kehidupan Part 2 (Penggunaan beg plastih)

 Tahu kah anda? Melalui membeli-belah, kita turut menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar. Beg plastik yang digunakan untuk mengisi barang yang dibeli adalah dihasilkan dari polietilena iaitu produk hasil dari petroleum yang mengambil masa 400 tahun untuk dibiodegrasikan. Apakah itu BIODEGRASI?
Biodegrasi ialah istilah yang digunakan dalam ekologi untuk menggambarkan proses biokimia yang cenderung membawa zat organik, yang dihasilkan secara langsung atau tidak langsung dari fotosintesis dalam zat anorganik. Biodegradasi memainkan membalikkan dengan fotosintesis dan proses biosintesis berikutnya yang menimbulkan biomassa . Sementara fotosintesis menghasilkan molekul organik dari molekul anorganik, mengurangi biodegradasi molekul organik yang kompleks menjadi sederhana konstituen secara bertahap untuk akhirnya membawa mereka ke tahap anorganik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biodegrasi, anda boleh google sendiri.

  Selain itu, sewaktu pemprosesan beg plastik, satu bahan iaitu karsinogen benzene dihasilkan. Beg plastik tidak mudah untuk dilupuskan, lalu jalan mudah diambil untuk menghapuskan beg plastik dengan cara membakarnya. Tahukan anda? Apabila beg plastik dibakar, karsinogen yang digunakan untuk menghasilkannya akan dibebaskan melalui pembakaran tersebut.

  Karsinogen merupakan salah satu penyumbang kepada penyakit kanser paru-paru. Kanser paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, yang menyebabkan sehingga 3 juta kematian dalam masa setahun. Pendedahan kepada karsinogen akan serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu di bronkus. Kesan ini terhimpun dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk.



  Satu perangkaan mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plasrik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya sekali dipakai.

  Terdapat sebuah artikel menyatakan bahawa Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor memberitahu bahawa penggunaan plastik tidak menjadi masalah utama tetapi cara pelupusan bahan tersebut yang memberi impak pada alam sekitar. Beg plastik juga mampu memberi ancaman yang besar jika tiada rancangan yang teliti mengenai pengurusan pembuangan bahan plastik tersebut.

  Pengguna yang bijak serta yang peka terhadap alam sekitar, akan membawa beg guna semula apabila membeli barang keperluan. Selain itu, penggunaan beg plastik juga boleh dikurangkan dengan cara berhenti membeli-belah secara berlebihan dan tidak berpatutan.

  Sebagai kesimpulannya, kempen tentang bahana beg plastik haruslah dilaksanakan oleh pihak berkenaan bagi membuka mata masyarakat di seluruh dunia agar penggunaan beg plastik dapat dikurangkan.





 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahana beg plastik, anda hanya perlu clik sini.

No comments:

Post a Comment